On Wed, Aug 20, 2008 at 11:58 AM, noorasidi noordin <normodin@yahoo.co.uk> wrote:
Budaya untuk memonteng sekolah. Kalau ada member sakit mata atau sakit "pelentong" pakat pegi lepak dalam sick bay. Kononnye nak kena jangkit sekali. Boleh balik rumah oii. Tanya Napi, Marga ngan Nan.
Untuk pengawas 2 sekolah sekelian. Secret information.
Port ponteng kelas. 1) Bilik store simpan tilam kat sebelah A6. 2) Kelas tingkat 4 bangunan baru ( Yeh jadi captain ) 3) Dorm A 11 katil arwah Atan. 4) Locker bag yang dah diconvertkan jadi katil bertingkat 5) library 6) Bilik lukisan
Tempat simpan rokok. 1) Dalam pen 2) Dalam tie 3) Bawah locker 4) Dalam bag dalam locker bag 5) Belakang pam tandas 6) Dalam kelas 7) Brother dewan makan simpankan 8) Belakang wallpaper / gambar dalam locker. 9) Belakang speaker
Tempat hiburan. 1) Bilik tayangan 2) Tangki air bawah 3) microphone surau 4) hoki dalam dorm 5) Bilik air hujung dorm A11 ( untuk ahli aje) 6) Dorm Meng. Jaming pakai timba 7) Kantin (supermarket) 8) Mandi Kolah
Tempat melepak 1) Dewan makan after midnite 2) Belakang asrama tepi ampaian ( petang lepas bersukan) 3) Corridor depan opis HEM ( kena panggil mengadap) 4) Kedai cendol kat bus station 5) Bazar bulat 6) Howah ngan Grand ( untuk yang selalu pegi. Anda tahu siapa anda) 7) Kedai mee lalat 8) Belakang masjid dekat kelas fardu ain masa g semayang jumaat ( Makan pisang free. Siap tido lagi.) 9) Yik Foong 10) Super Kinta 11) kedai dubbing tape ( nama jalan aku dah lupa)
Activiti club member 1) Bilik basuh asrama pompuan 2) Mandi tangki air ngan kolah 3) tengok movie kat bilik tayangan ( Tape g sewa kat luar . Pegi siap bawak bantal ngan selimut. Sorang g usha pak guard kat pondok, tengok dah tido belum) 4) fly g kedai mee lalat ikut longkang tepi padang ngan kat tempat buang sampah 5) Fly g tengok bola 6) Lawan suluh torchlight ngan ustaz Azmi 7) Makan ais krim kat kantin 8) Supper kat dewan makan. ( Satu kali ada hantu la pulak. Ajak Azamin sebab alim sikit. Tapi dia lari dulu. Ngeri siut. Tengah nak masuk dewan makan, bunyi orang tengah masak. tengok takde orang. ish ish ish).
Benda mengarut yang tak boleh dilupakan. 1) Kejadian pergaduhan Atong ngan Manjaman. Yan tolong beri kata semangat. "Melayu, melayu" 2) Kerek cari bantal 3) Ada orang nangis tengok filem hindustan 4)Kena potong rambut ngan pakcik makmal. Tobek siut. 5) Konspirasi kenakan pengawas waktu nak bangun sahur. Giler. Konspirasi terbesar sebab melibatkan semua budak dorm. Kecuali dorm pengawas. Siap curik masuk dorm pengawas ubah set jam. Jangan kata jam loceng, dengan jam tangan sekali. Ha ha ha 6) kena flying slap ngan ustaz malam sebelum balik cuti raya. sebab bersiul kat awek. Gila. Laju je sampai penangan ustaz kat muka. 7) Kena tampor ngan cikgu zaini sebab potong line lari inspection rambut.
Dan precious memory ever adalah mengenali korang sekelian. Dari kecik belum akil baligkh sampai habis sekolah dan sampai sekarang. Susah senang sama2. Makan satu kawah. Mandi satu kolah. Tido satu bumbung. Terima Kasih.
Yang lain lain nanti kalu aku ingatkan aku bagitau. Yang terasa ke , mintak maaf. Nak sue kita lawan kat mahkamah. He he he :P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment