Sunday, April 11, 2010

Majlis Makan Malam Gala, Jubli Perak SMKRPB, 26 June 2010, The Royale Chulan Hotel, KL

25 Years SMKRPB Grand Reunion Gala Dinner

Bersempena dengan Jubli Perak SMKRPB), sebuah Jawatankuasa Ad-Hoc dianggotai kepimpinan BainunAlumni dengan kerjasama daripada bekas pelajar-pelajar kumpulan ‘peneroka’ (pioneer batch) telah mengambil inisiatif serta mengorak langkah untuk mengadakan suatu perjumpaan besar-besaran, “Grand Reunion 2010”.

Ianya bertujuan untuk mengumpul bekas pelajar-pelajar SMKRPB sepanjang 25 tahun yang lepas, di samping menyemarakkan kemasyhuran sekolah kita ini. Maka dicadangkan satu “Gala Dinner 2010” atau seumpamanya telah dirancang. Alhamdulillah, cadangan tersebut secara spontan mendapat reaksi yang amat menggalakkan daripada banyak pihak termasuk Ke-Bawah DYMM Raja Permaisuri Perak,Tuanku Bainun.

"25 tahun meneroka Kejayaan….., 25 tahun mencipta Kecemerlangan !”


PENDAFTARAN ONLINE AKAN DIBUKA MULAI 11 APRIL 2010.


Fax Number: 03-77853119

All payments must be made to: Maybank Acc No. 564128802063

(for payments made thru maybank2u, please use this email in your transaction:
dinner2010@bainunalumni.org.my )

Untuk keterangan lanjut sila layari :- http://bainunalumni.org.my/

Tentatif Program - MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK
SEKOLAH MENENGAH RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH
Taming Sari Grand Ballroom, The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur
SABTU, 26 JUN 2010

7.30 malam Ketibaan para tetamu

8.00 malam Ketibaan YAB Dato' Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir,
Menteri Besar Perak, dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli

8.10 malam Ketibaan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Malaysia, dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman

8.25 malam Keberangkatan Tiba DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun

Bacaan Doa
Ucapan Aluan oleh Pengerusi Majlis
Ucapan oleh Presiden BainunAlumni

9.00 malam Santapan DiRaja & Majlis Makan Malam
Diiringi muzik dendangan Orkestra SMKRPB

9.15 malam Persembahan nyanyian oleh Artis jemputan

9.30 malam Majlis Pelancaran Tabung Kebajikan BainunAlumni
Penyampaian Cenderakenangan kepada DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun

10.00 malam Keberangkatan Balik DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun


Monday, March 15, 2010

Grand Reunion Jubli Perak SMKRPB Majlis Makan Malam Gala Jubli Perak SMKRPB


Kenyataan Rasmi Berhubung Mesyuarat Kali Keempat Berkaitan Majlis Makan Malam Gala Jubli Perak SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh anjuran Bainunalumni dengan kerjasama Batch 84-88 yang telah diadakan pada Hari Jumaat 12 Mac 2010 jam 8.00 malam bertempat di Warisan Cafe, The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.
  1. Pihak Jawatankuasa Penganjur dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa Surat Pengesahan Daripada Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan mengenai Perkenan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan untuk berangkat ke Majlis Makan Malam Gala Jubli Perak SMK Raja Permaisuri Bainun pada 26 Jun 2010 di Kuala Lumpur telah diterima pihak Jawatankuasa Penganjur pada 6 Mac 2010. (Surat Pengesahan Dilampirkan dibawah)
  2. Pihak J/K Penganjur ingin memaklumkan terdapat sedikit pertukaran tempat majlis ini berlangsung.Setelah diperhalusi & ditimbangkan oleh J/K Penganjur,majlis ini akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : Sabtu , 26 Jun 2010
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Taming Sari Grand Ballroom, The Royale Chulan Hotel No.6, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.

  1. Pihak J/K Penganjur telah memperhalusi & mempertimbangkan maklum balas mengenai Sumbangan Penyertaan & juga berdasarkan sebut harga daripada pihak hotel,kami telah bersetuju untuk menetapkan Sumbangan Penyertaan adalah seperti berikut :

RM 150.00 Seorang (Untuk 200 Tempat Duduk)

RM 200.00 Seorang (Untuk 350 Tempat Duduk)

RM 250.00 Seorang (Untuk 150 Tempat Duduk)

  1. Mengenai Sistem Tempahan & Pembayaran,Pihak J/K sedang membangunkan sebuah laman sesawang khas untuk majlis ini dimana, tataatur (layout) meja & tempat duduk akan dipamerkan untuk membolehkan semua pihak memilih meja & tempat duduk mengikut pilihan masing-masing & segala maklumat majlis akan dipamerkan dalam laman sesawang ini. Laman sesawang ini dijangka akan dilancarkan mulai 1 April 2010. Pihak J/K Penganjur juga telah membuka satu Akaun Semasa (Current Account) dengan Maybank , khas untuk majlis ini untuk semua penerimaan Sumbangan Penyertaan dan juga transaksi pembayaran untuk menjayakan majlis ini.
  2. Selain itu juga,J/K Penganjur telah memutuskan untuk memilih Penyanyi Adibah Noor & Orkestra Muda Bainun (OMB) untuk mengadakan persembahan semasa majlis itu. Pertandingan Cabutan Bertuah dengan hadiah-hadiah yang menarik juga akan diadakan untuk memeriahkan majlis itu nanti.
  3. Kami juga memutuskan bahawa etika pakaian adalah santai tetapi kemas.Bagi lelaki baju mempunyai asas warna maroon seperti batik,baju melayu & kemeja lengan panjang. Kemeja lengan pendek tidak dibenarkan.Bagi wanita,pakaian adalah tertib dan kemas.
  4. Selain itu, sebarang pekembangan majlis ini boleh juga diikuti di laman Facebook Grand Reunion Jubli Perak SMKRPB.Maklumat lanjut akan diumumkan kelak.

Sekian,Terima Kasih

Untuk Dunia & Akhirat

Engr. Mohd Azham bin Azmi (Batch 94-98)
Presiden Bainunalumni Merangkap Timb. Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
15 Mac 2010, Ipoh.

Friday, January 22, 2010

BLOG SEPI SEMENJAK ADA FB

Assalammualaikum...

Lama tak tulis kat sini.. sesiapa yang rasa dia orang pertama singgah sini and baca post ini silalah tinggalkan comment anda... sbb nak tahu siapa the latest person surf in here..and nak tahu tarikh selama blog ni tak dilawat...(lebih kurang mcm untuk kajian)

Anyway, walaupun January sudah sampai dipertengahan dan akan sampai kepenghujung...still nak wish kepada semua sahabat2 SELAMAT TAHUN BARU.. semoga segala impian untuk tahun ini akan jadi kenyataan dengan limpahan rahmat drpd Allah s.w.t..

Jaga diri sepanjang tahun ini..dah semoga Allah permudahkan hal-hal seharian kita.. aminn..

Regards
Tim.

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin :)

Salam raya kepada semua teman2 di samping keluarga, semoga berbahagia di hari mulia :)

Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa :)

Selamat menyambut ibadah berpuasa kepada semua rakan2 tersayang, keluarga dan seluruh muslim dan muslimat sekalian. Wassalam :)

Sunday, July 5, 2009

Bainun Alumni - Karnival Sukan & Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Tahun 2009 ( 1 & 2 hb Ogos 2009 )

Harap-harap batch kita dapat kumpulkan team lelaki dan wanita utk participate and support event nih ye. Dapat kita gathering bersua muka, lama dah tak jumpa kan and sambil bersukan dan beriadah. Bawak family semua kita lepak ramai-ramai.

Plan awalnye NAPI akan cuba assemble Team Bola and YAN akan try dapatkan sponsor Jersey bola nanti .... cantekkk ? :P hehehe

Team Bola Tampar, Netball, Tennis and Badminton juga boleh kita participate kalu cukup kaki dan tangan nye :)


Karnival Sukan & Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Tahun 2009

"Karnival Sukan BainunAlumni 2009"

Pertandingan Bolasepak, Bola Tampar, Bola Jaring, Tenis, Badminton antara batch & juga wakil sekolah.

Setiap Batch digalakkan hantar pasukan untuk setiap jenis sukan. Jika tidak, Pasukan Bainun Alumni akan diwujudkan.

Tarikh : 1 Ogos 2009 (SABTU)

Masa : 8:00 pagi - 5:00 petang


Tempat : Sekitar SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.


"Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Untuk Tahun 2009"


Sebarang usul & cadangan untuk mesyuarat berkenaan boleh dipanjangkan kepada Setiausaha & Exco Pengurusan sebelum atau pada 3 Julai 2009.

Tarikh : 2 Ogos 2009 (AHAD)

Masa : 9:30 Pagi - 11.30 Tghari


Tempat : Dewan Besar, SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.


Kehadiran anda semua sebagai ahli Bainunalumni & Bekas Pelajar SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh amat-amatlah digalakkan dan dihargai.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada Saudara Meor Azam di No. 0195107830 atau emel : bainunalumni@ymail.com.

Sekian, Harap Maklum.

Dari Alumni untuk Alumni.

Sunday, June 7, 2009

Selamat Pengantin Baru SIDOT & IJA :)


Foto sekitar majlis persandingan sahabat kita Sidot dan Ija di Kuala Kangsar & Batu Kurau minggu lepas.

Antara para sahabat yg dapat menghadirkan diri pada majlis tersebut .. Napi, Syuk, Johar, Mak Syuk, Mak Arwah Atan, Tim, Azura, Azwan & Wife, Mizi & Family, Eiran & Family.

Enjoy the fotos .... :)


.... di Kuala Kangsar.

Rombongan pengantin lelaki tiba ke majlis di Kuala Kangsar.

Hantaran dari pihak lelaki serba biru.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja, Sidot kini milik Ija yg sah.

Majlis membatalkan air sembahyang.

Introducing ..... Mr. and Mrs. Sidot dengan rasminya.

Happy days of our lives :)

Pengantin baru bersama pihak keluarga belah lelaki.


.... di Batu Kurau.

Adehhh .. penatnyelah Sidot packing hadiah utk guests esok.

Pakcik sungguh gumbira !! hahah .. King of the Day penuh ceria.

Pengantin baru berarak masuk menuju ke khemah utama.

Bersama selamanya.

Sebelum makan loose kan seluar dulu, jangan terlondeh sudah :)

Berseri pengantin di meja santapan bersama sahabat2 yg hadir.

Makan bersuap tanda kasih dan gurau mesra.

Sama cantik sama padan.

Majlis bersanding di Batu Kurau.

Syuk, Johar dan Pak Lang Sidot.

Johar dan ADUN Batu Kurau, Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias.

Kawan lamer .. Syuk and Napi.

Loving couple, Azwan dan isteri tersayang.

Mizi & Family, sempat singgah on d way for holiday ke Penang.

Pak Lang Sidot seisi keluarga bersama pengantin.

Keluarga Sidot.

One for the wedding album.

Posing baik punya di bilik pengantin.

Wedding cake.

Acara makan kek.

Yippie !! .. mari kita bukak hadiah2 semua.

Salam sayang dari Pengantin berdua dengan ucapan terima kasih mereka for all the well wishes dan sahabat2 yg dapat hadir pada majlis mereka, wassalam :)