Sunday, April 11, 2010

Majlis Makan Malam Gala, Jubli Perak SMKRPB, 26 June 2010, The Royale Chulan Hotel, KL

25 Years SMKRPB Grand Reunion Gala Dinner

Bersempena dengan Jubli Perak SMKRPB), sebuah Jawatankuasa Ad-Hoc dianggotai kepimpinan BainunAlumni dengan kerjasama daripada bekas pelajar-pelajar kumpulan ‘peneroka’ (pioneer batch) telah mengambil inisiatif serta mengorak langkah untuk mengadakan suatu perjumpaan besar-besaran, “Grand Reunion 2010”.

Ianya bertujuan untuk mengumpul bekas pelajar-pelajar SMKRPB sepanjang 25 tahun yang lepas, di samping menyemarakkan kemasyhuran sekolah kita ini. Maka dicadangkan satu “Gala Dinner 2010” atau seumpamanya telah dirancang. Alhamdulillah, cadangan tersebut secara spontan mendapat reaksi yang amat menggalakkan daripada banyak pihak termasuk Ke-Bawah DYMM Raja Permaisuri Perak,Tuanku Bainun.

"25 tahun meneroka Kejayaan….., 25 tahun mencipta Kecemerlangan !”


PENDAFTARAN ONLINE AKAN DIBUKA MULAI 11 APRIL 2010.


Fax Number: 03-77853119

All payments must be made to: Maybank Acc No. 564128802063

(for payments made thru maybank2u, please use this email in your transaction:
dinner2010@bainunalumni.org.my )

Untuk keterangan lanjut sila layari :- http://bainunalumni.org.my/

Tentatif Program - MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK
SEKOLAH MENENGAH RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH
Taming Sari Grand Ballroom, The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur
SABTU, 26 JUN 2010

7.30 malam Ketibaan para tetamu

8.00 malam Ketibaan YAB Dato' Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir,
Menteri Besar Perak, dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli

8.10 malam Ketibaan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Malaysia, dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman

8.25 malam Keberangkatan Tiba DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun

Bacaan Doa
Ucapan Aluan oleh Pengerusi Majlis
Ucapan oleh Presiden BainunAlumni

9.00 malam Santapan DiRaja & Majlis Makan Malam
Diiringi muzik dendangan Orkestra SMKRPB

9.15 malam Persembahan nyanyian oleh Artis jemputan

9.30 malam Majlis Pelancaran Tabung Kebajikan BainunAlumni
Penyampaian Cenderakenangan kepada DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun

10.00 malam Keberangkatan Balik DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun