Monday, March 15, 2010

Grand Reunion Jubli Perak SMKRPB Majlis Makan Malam Gala Jubli Perak SMKRPB


Kenyataan Rasmi Berhubung Mesyuarat Kali Keempat Berkaitan Majlis Makan Malam Gala Jubli Perak SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh anjuran Bainunalumni dengan kerjasama Batch 84-88 yang telah diadakan pada Hari Jumaat 12 Mac 2010 jam 8.00 malam bertempat di Warisan Cafe, The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.
  1. Pihak Jawatankuasa Penganjur dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa Surat Pengesahan Daripada Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan mengenai Perkenan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan untuk berangkat ke Majlis Makan Malam Gala Jubli Perak SMK Raja Permaisuri Bainun pada 26 Jun 2010 di Kuala Lumpur telah diterima pihak Jawatankuasa Penganjur pada 6 Mac 2010. (Surat Pengesahan Dilampirkan dibawah)
  2. Pihak J/K Penganjur ingin memaklumkan terdapat sedikit pertukaran tempat majlis ini berlangsung.Setelah diperhalusi & ditimbangkan oleh J/K Penganjur,majlis ini akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : Sabtu , 26 Jun 2010
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Taming Sari Grand Ballroom, The Royale Chulan Hotel No.6, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.

  1. Pihak J/K Penganjur telah memperhalusi & mempertimbangkan maklum balas mengenai Sumbangan Penyertaan & juga berdasarkan sebut harga daripada pihak hotel,kami telah bersetuju untuk menetapkan Sumbangan Penyertaan adalah seperti berikut :

RM 150.00 Seorang (Untuk 200 Tempat Duduk)

RM 200.00 Seorang (Untuk 350 Tempat Duduk)

RM 250.00 Seorang (Untuk 150 Tempat Duduk)

  1. Mengenai Sistem Tempahan & Pembayaran,Pihak J/K sedang membangunkan sebuah laman sesawang khas untuk majlis ini dimana, tataatur (layout) meja & tempat duduk akan dipamerkan untuk membolehkan semua pihak memilih meja & tempat duduk mengikut pilihan masing-masing & segala maklumat majlis akan dipamerkan dalam laman sesawang ini. Laman sesawang ini dijangka akan dilancarkan mulai 1 April 2010. Pihak J/K Penganjur juga telah membuka satu Akaun Semasa (Current Account) dengan Maybank , khas untuk majlis ini untuk semua penerimaan Sumbangan Penyertaan dan juga transaksi pembayaran untuk menjayakan majlis ini.
  2. Selain itu juga,J/K Penganjur telah memutuskan untuk memilih Penyanyi Adibah Noor & Orkestra Muda Bainun (OMB) untuk mengadakan persembahan semasa majlis itu. Pertandingan Cabutan Bertuah dengan hadiah-hadiah yang menarik juga akan diadakan untuk memeriahkan majlis itu nanti.
  3. Kami juga memutuskan bahawa etika pakaian adalah santai tetapi kemas.Bagi lelaki baju mempunyai asas warna maroon seperti batik,baju melayu & kemeja lengan panjang. Kemeja lengan pendek tidak dibenarkan.Bagi wanita,pakaian adalah tertib dan kemas.
  4. Selain itu, sebarang pekembangan majlis ini boleh juga diikuti di laman Facebook Grand Reunion Jubli Perak SMKRPB.Maklumat lanjut akan diumumkan kelak.

Sekian,Terima Kasih

Untuk Dunia & Akhirat

Engr. Mohd Azham bin Azmi (Batch 94-98)
Presiden Bainunalumni Merangkap Timb. Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
15 Mac 2010, Ipoh.