Sunday, August 12, 2007

Brother John's Snapshot

Brother John in the middle ... ready to rock & roll !
Candid group photo .. diorang ni bukan nak main game sangat .. nyembang je lebih.

Tapi kalau suruh tangkap gambor ... penuh frame.

Azam masih lagi tak puas hati dia kalah acara tiup belon petang tadi. Terbawak-bawak sampai ke dinner.

Tetamu jemputan istimewa Family Day kita .. Cikgu Yusni sedang memberikan ucapan. Beliau, Cikgu Razak dan keluarga dijemput khas oleh pihak urusetia sebagai kejutan kepada rakan-rakan yang hadir untuk Family Day 2007 kita ini.

Cikgu Razak yang juga dijemput khas, sedang memberikan ucapan. Walaupun sampai ngam-ngam time dinner, beliau ngan keluarga tetap sudi menghadirkan diri untuk majlis kita.

Cikgu Yusni dibekalkan dengan 2 orang bodyguard yang mesra alam pada malam tuh.

Cikgu Yusni dan peminat-peminat ketika sesi autograf dan bergambar.

After dinner, group melepak sembang kat meja ni sampai pukul 12. Pastu sambung kat pekan PD pulak kena teh sampai 3 pagi. Nasib baik esok tak kerja.


No comments: