Monday, July 23, 2007

ATTENTION! Venue Family Day bertukar ke PD World Marina Resort !!!

PERHATIAN! Kepada rakan-rakan yang sudah confirm dan juga kepada yang bakal hadir ke Family Day Bainunian8892 2007, venue event kita telah bertukar ke PD World Marina Resort. Ini adalah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Oleh itu jangan risau dan jangan gundah, kerana program kita masih sama dengan sedikit perubahan sahaja.

a) Setiap keluarga tetap mendapat Apartment 2 bilik (fully furnished).

b) Lunch terpaksa dibatalkan, jadi on the way nak check-in tuh, singah-singgah le makan tengahari dulu. Dinner BBQ & Breakfast masih kekal seperti biasa.

Seperkara lagi ialah, setiap ahli Bainunian8892 yang hadir adalah DIWAJIBKAN membawa 1 hadiah untuk acara pada Dinner BBQ nanti. Boleh guna apa sahaja barang yang anda miliki dan tak semestinya beli yang baru. Apa sahaja boleh anda jadikan hadiah (pen, t-shirt, selimut, periuk, buku) bergantung kepada kreativiti dan paling penting ialah keikhlasan hati anda. Ingat! Sesiapa yang gagal membawa hadiah akan DIDENDA !!!

Sebagai pandu arah ke venue yang baru, masih boleh guna map di bawah. Cuma panduan sahaja berubah sedikit kerana venue baru lebih dekat dari venue yang lama. Harap maklum.

1. Dari KL, keluar di tol PD. Selepas pondok tol ada traffic light, pusing kanan.
2. Terus sehingga jumpa Highway Port Dickson dan bayar RM2.90. Highway akan berakhir di simpang empat, ambil jalan terus sehingga jumpa roundabout.
3. Pusing kiri di roundabout dan akan melalui Tokong Cina di sebelah kiri jalan.
4. Selepas sahaja melalui Tokong Cina, bersedia untuk masuk kanan ke PD World Marina Resort.

Anda sudah sampai ke destinasi yang dituju. Selamat Datang ke Family Day Bainunian 8892 2007!

No comments: